




Ya Allah, segala puji bagi-Mu
Hanya kepada-Mu kami mengadu
Engkaulah tempat meminta pertolongan
Tiada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu yang Maha Tinggi dan Maha Agong.
Abdul Ariff
Ya Allah, segala puji bagi-Mu
Hanya kepada-Mu kami mengadu
Engkaulah tempat meminta pertolongan
Tiada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu yang Maha Tinggi dan Maha Agong.
by
Doa Abu Darda
Doa ini untuk perlindungan diri dan keluarga, juga harta dan pagar rumah.
Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa iniĀ telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.
Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang.
Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.
Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.
Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,
Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.
Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu
Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku
Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.
by
Doa yang dibacakan oleh Rasulullah (saw) untuk Anas Bin Malik.
Allahumma aksir maali wawaladi,
wawasi’ li fii daari,
wabarikli fima a’atoitani,
waahsin aamali, waghfirli.
“Ya Allah banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya. Luaskan rumahnya. Berkatilah dia pada semua kurnianMu kepada nya. Perbaikailah amalannya. Ampunkan untuknya.”
Mengambil sempena doa Rasulullah (S.A.W) kepada Anas tersebut, Ustaz Zahazan menyarankan doa seperti dibawah untuk dibaca selepas solat dhuha.
Mengambil sempena doa Rasulullah (S.A.W) kepada Anas tersebut, Ustaz Zahazan menyarankan doa seperti dibawah untuk dibaca selepas solat dhuha.
Allahumma aksir maali wawaladi,
wawasi’ li fii daari,
wabarikli fima a’atoitani,
waahsin aamali, waghfirli.
Maksudnya:
Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku,
luaskanlah rumahku,berkatikanlah semua yg Kau beri kepadaku,
perbaiki amalanku, dan ampunkan untukku.