Doa Abu Darda: Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah

Facebooktwittergoogle_plusmailby feather

Doa Abu Darda

Doa ini untuk perlindungan diri dan keluarga, juga harta dan pagar rumah.

Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini  telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.

Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang.

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.

doa abu darda

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.

Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.

Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,

Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.

Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu

Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku

Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.

Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *